Sinopsis
- Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
- Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
- Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
- Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
Watak dan Perwatakan
- Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
- Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
- Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
- Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
- Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
- Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
- Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
- Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
- Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
- Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
- Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
- Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.
Plot
Binaan plot:
- Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
- Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
- Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
- Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
- Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
- Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
- Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
- Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
- Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
- Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
- Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:
(a) Imbas kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b) Imbas muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d) Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f) Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:(a) Latar tempatMerupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.(b ) Latar waktu atau masaMenunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.(c) Latar masyarakat atau citra masyarakatMenunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.(e) Latar peralatan cerita dan watakAlatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.
Gaya Bahasa
Jenis Gaya Bahasa
|
Huraiannya
|
(a) Diksi
|
|
(b) Ayat
|
|
(c) Personifikasi
|
|
(d) Simile
|
|
(e) Metafora
|
|
(f) Hiperbola
|
|
(g) Sinkope
|
|
(h) Rima
|
|
(i) Asonansi
|
|
(j) Aliterasi
|
|
(k) Pengulangan
|
|
(l) Perlambangan
|
|
Antara contoh nilai ialah:
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah tinggi
- Hormat-menghormati
- Kasih sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan mental dan fizikal
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.
Pengajaran
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.
9 comments:
bagus . . . lengkap . . .
: http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm
bagus lengkap
bagus...lengkap...
Website ini baik,bagus,sempurna tpi laman ini kekurangan maklumat 2018
nak salin dekat mati tau😂
Minta izin ye menggunakan nota ini. Terima kasih.
terima kasih atas infonya :))
TERIMA KASIH UNTUK INFO
Post a Comment